Tuesday, 11 September 2012

INTERNSHIP 2


LAPORAN PROGRAM “ KEMBARA ILMU “ SEK. KEB. BATU SEMBILAN
( 17 JULAI 2012 )

Pendidikan Pemulihan berkonsepkan satu perkhidmatan yang diadakan khas untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan-bahan pembelajaran serta aktiviti yang alternatif. Murid-murid yang dimaksudkan itu biasanya digelar murid-murid lambat kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditentukan. Oleh itu, pada 17 Julai yang lalu, saya dan rakan praktikum serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan yang terlibat telah menjayakan program “Kembara Ilmu” sebagai usaha membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran terutamanya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.





Program ini merupakan kesinambungan bagi program yang pernah dijalankan pada tahun 2009 oleh guru Pemulihan Khas, Pn.Ummi Habibah bt Salleh. Fokus utama dalam program ini ialah untuk membantu murid Pemulihan LINUS yang sedia ada di Tahun 2 dan 3 serta murid LINUS Tahun 1. Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M). Program ini dijalankan di luar kelas harian murid iaitu di kelas Pemulihan dan dewan Sek. Keb. Batu Sembilan bagi menarik minat murid dan murid dapat menerima pengajaran yang ingin disampaikan dengan baik.
Program ini turut mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Antaranya ialah membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Seterusnya, meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar murid di luar kelas harian serta menyerlahkan kreativiti murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang didedahkan.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu aktiviti cerdik pintar, minda kreatif dan cergas cerdas. Program ini berlangsung sepanjang hari waktu pembelajaran. Program ini bermula pada pukul 2.10 petang hingga 6.30 petang. Program ini berlangsung dengan jayanya mengikut perancangan yang telah diatur dan ditetapkan.
Sebelum memulakan aktiviti, murid dikumpulkan dan diberikan taklimat ringkas berkaitan program yang akan dilaksanakan. Kemudian, semua murid yang terlibat dalam program ini dibawa ke kelas pemulihan.  Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan Bulan, Kumpulan Bintang, Kumpulan Awan, Kumpulan Hujan dan Kumpulan Pelangi. Setiap kumpulan telah dipilih seorang ketua dan dikehendaki memakai tag nama kumpulan masing-masing.
Setelah semua murid berada dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk terlibat dalam program Kembara Ilmu ini, aktiviti pertama dimulakan iaitu aktiviti cerdik pintar. Aktiviti cerdik pintar ini merupakan pedekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam mengukuhkan penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad. Rata-rata murid mempunyai masalah dalam mengenal abjad ‘a’ hingga ‘z’. Rasional aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk melihat dan menguji keupayaan murid dalam menguasai kemahiran mengenal abjad dengan betul. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam.
Objektif aktiviti cerdik pintar ini dilaksanakan supaya murid dapat mengaplikasikan kemahiran mengenal abajd untuk meningkatkan lagi kemahiran bahasa mereka kepada kemahiran yang lebih tinggi sehingga murid dapat membaca dengan baik dan lancar. Semua murid terlibat dalam aktiviti ini dan aktiviti dikendalikan oleh guru praktikum dan guru Pemuliha    n Khas Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan. Aktiviti dimulakan dengan set induksi nyanyian lagu abc yang berentak lagu “Doraemon”. Kelihatan murid terhibur dan seronok untuk memulakan pembelajaran. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Murid diperkenalkan huruf dan sebutan huruf dengan betul.
Kemudian, murid diajar membentuk huruf dengan betul. Bahan pengajran yang digunakan ialah bahan interaktif melalui paparan slaid. Seterusnya, bagi melihat pencapaian murid dalam menguasai abjad yang diajar, murid diberikan kad abajd kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru menyebut mana-mana abjad dan murid perlu mengecam abjad yang didengar seterusnya mengangkat abjad tersebut. Kumpulan yang mengangkat abjad dengan betul akan diberikan markah.  
Setelah itu, program diteruskan dengan aktiviti kedua iaitu ‘Minda Kreatif’. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mengembangkan kemahiran psikomotor halus murid dalam mengaplikasikan kemahiran pembelajaran mereka. Aktiviti ‘minda kreatif’ ini adalah berbentuk permainan dan merupakan peneguhan daripada aktiviti yang pertama. Permainan yang dijalankan diberi nama ‘Da Di Du Puzzle’. Murid dikehendaki menyelesaikan puzzle yang terdapat dalam sampul yang disediakan. Murid perlu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk bersaing antara kumpulan yang lain bagi mengumpul mata.
Objektif utama aktiviti ini dilaksanakan adalah supaya murid dapat melahirkan kreativiti mereka sewaktu menjalankan aktiviti yang diberikan disamping memberi penekanan kepada murid dalam meningkatkan kemahiran psikomotor halus mereka. selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan menggalakkan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain. Kumpulan yang paling banyak menyiapkan puzzle yang mengandungi abjad dan gambar yang mewakili abjad tersebut dianggap sebagai pemenang bagi aktiviti kedua ini.
Permainan bermula setelah guru memberikan arahan yang jelas kepada murid. Ketua kumpulan perlu membaling dadu untuk memulakan permainan. Kumpulan yang paling banyak mata setelah membaling dadu akan mendahului permainan. Seterusnya, untuk bermain dalan permainan “Da Di Du puzzle” ini ketua kumpulan  perlu membaling dadu. Angka yang terdapat pada dadu merupakan angka yang yang terdapat pada baldi yang berisi sampul-sampul yang didalamnya mengandungi ceraian-ceraian puzzle. Ketua kumpulan perlu mengambil salah satu sampul dalam baldi yang disediakan mengikut angka yang diperolehi pada dadu. Kemudian, murid perlu menyelesaiakn ceraian puzzle tersebut dengan tepat di dalam gelung rotan yang disediakan kepada semua kumpulan. Setiap puzzle mempunyai mata ganjaran.Aktiviti kedua turut berlangsung selama satu jam. Setelah masa tamat, wisel dibunyikan menandakan berakhirnya aktiviti kedua dan murid perlu menghentikan permainan. Kemudian, berkhirnya aktivit kedua ini maka murid diberikan rehat. Murid disediakan makanan dan minuman berupa ayam KFC dan air kotak. Semua murid menjamu selera dengan riangnya.
Program diteruskan lagi dengan aktiviti ketiga iaitu ‘Cergas Cerdas’. Rasional aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid dalam kemahiran psikomotor kasar murid disamping menerapkan aktiviti Pendidikan Jasmani kepada murid. Antara objektif aktiviti ini ialah bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid. Selain itu, memupuk kerjasama dalam kalangan murid dan guru melalui aktiviti sukan. Di samping itu, murid dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti ketiga ini merupakan aktiviti terakhir dalam program yang dirancang. Aktiviti “Cergas Cerdas” ini terdiri daripada sukaneka yang melibatkan kemahiran psikomotor kasar murid. Murid perlu bergerak secara aktif dan cergas. Aktiviti yang terlibat dalam sukaneka ini ialah membawa bola pingpong dalam sudu dengan menggunakan mulut, mengepit bola, membawa bola menggunakan gelung rotan, mengutip gula-gula di dalam tepung menggunakan mulut dan mengisi air di dalam botol menggunakan span. Semua permainan memerlukan murid untuk bergerak secara aktif dan pantas. Murid kelihatan sangat gembira dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap permainan yang dijalankan.










Seterusnya, selesai saja kesemua sukaneka bagi aktiviti yang ketiga ini murid-murid diarahkan untuk bergerak ke kelas pemulihan semula bagi sesi penutup dimana sesi penyerahan hadiah dan penyampaian sijil. Sebelum majlis penutup berlangsung, murid dihiburkan dengan lagu kanak-kanak dan menyanyi bersama-sama. Aktiviti penyampaian hadiah dilaksanakan oleh guru pembimbing, Pn. Ummi Habibah bt. Salleh, rakan praktikum, Norfiza bt.Musa dan saya sendiri. Majlis berlangsung dengan jayanya. Penyerahan sijil dilaksanakan pada hari yang lain kerana belum disahkan oleh Guru Besar Sekolah Keb. Batu Sembilan, Pn. Adonie Adnan. Kemudian, program diakhiri dengan sesi bergambar dalam kalangan murid pemulihan dan murid LINUS tahun 1. Seterusnya program bersurai dan murid dibenarkan pulang.

INTERNSHIP 1


LAPORAN PROGRAM KECERIAAN KELAS PEMULIHAN CAHAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEMBILAN (“KELASKU RUMAHKU”)
( 10 JULAI 2012)

Kelas Pemulihan sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Sehubungan dengan itu, keceriaan kelas pemulihan adalah salah satu aspek penting dalam menarik minat murid pemulihan untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Aktiviti keceriaan ini merupakan satu keperluan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih teratur, menarik dan efektif.
Oleh itu, pada 10 Julai 2012 yang lalu, saya dan rakan praktikum telah menjalankan program keceriaan kelas pemulihan Cahaya di Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan. Program ini berlangsung sekitar pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang. program keceriaan ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran dalam diri murid-murid pemulihan berkaitan kepentingan penjagaan bilik darjah yang selesa, kondusif, ceria dan rapi untuk suasana pembelajaran mereka. Program ini juga dapat memberikan pengalaman dan peluang kepada murid untuk menyumbang sesuatu tanpa meminta sebarang ganjaran atau bayaran. Di samping itu, program ini turut bertujuan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah dalam menceriakan kelas pemulihan Cahaya di sekolah berkenaan.
Selain itu, program ini bermatlamat dalam mewujudkan suasana yang lebih ceria dan berinformasi dalam usaha meningkatkan pencapaian murid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, program ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Antaranya ialah Merapatkan hubungan silaturrahim diantara guru dan murid pemulihan, memberi peluang kepada murid bekerjasama dengan guru-guru secara optimum dalam  menceriakan kelas pemulihan. Seterusnya, memulihara, menceriakan dan membersihkan bilik Pemulihan  sekolah agar murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif .



Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya program berkenaan. Antaranya  ialah susun atur bilik darjah, menyediakan carta organisasi pemulihan Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pemulihan tersebut, menyediakan sudut Mata Pelajaran seperti sudut Bahasa Melayu, sudut Matematik dan ruang ICT. Di samping itu, aktiviti menghias, mengemas dan mencantikkan kelas pemulihan berkenaan turut dilaksanakan.

Murid terlibat secara langsung ketika waktu pembelajaran mereka di kelas pemulihan. Murid diberikan tugas mengikut kemampuan mereka seperti menyusun bahan-bahan pengajaran contohnya kad-kad abjad, pembilang untuk mengira dan sebagainya. Program dimulakan dengan aktiviti menampal carta organisasi pada papan kenyataan yang telah disediakan dalam kelas pemulihan berkenaan. Carta organisasi disediakan terlebih dahulu pada hari sebelumnya supaya masa dapat diperuntukkan untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan mengubahsuai susun atur bilik darjah pada susunan yang lebih teratur dan kemas. Untuk aktiviti ini saya, rakan praktikum dan guru pembimbing bekerjasama untuk memindahkan papan tulis kepada kedudukannya yang asal sebelum ini. Pemindahan papan tulis tersebut bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran berlangsung pada satu ruang sahaja. seterusnya, kami telah berbincang bersama-sama untuk mewujudkan sudut Bahasa Melayu, Matematik dan sudut ICT. ruang ini diwujudkan bagi memudahkan guru untuk melaksanakan aktivti pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan seperti permainan dan sebagainya.


Aktiviti seterusnya ialah membalut meja dan menyusun meja. Meja yang digunakan adalah sebanyak 10 buah. Setiap meja dialas dengan tikar getah. Setelah selesai membalut meja, kami menyusun meja tersebut secara dua-dua menghadap papan tulis. Susunan seperti ini kelihatan lebih kemas dan teratur. Untuk menambahkan lagi kekemasan meja tersebut, kami telah meletakkan kain sebagai hiasan meja berkenaan. Program keceriaan disambung dengan aktiviti menghias ruang yang terdapat dalam kelas pemulihan tersebut. Antaranya ialah membuat permainan teng-teng pada ruang hadapan pintu masuk kelas tersebut. Permainan tersebut bertujuan sebagai hiasan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan. Selain itu, kami turut menghias pintu kelas pemulihan agar kelihatan lebih ceria dan menarik.

Aktiviti menceriakan dan mencantikkan kelas pemulihan Cahaya akhirnya berjaya diselesaikan dan mengambil masa selama 3 hari. Diharapakan dengan program keceriaan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada guru-guru dan murid-murid bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran murid-murid pemulihan di sekolah ini. Di samping itu, program ini adalah sebagai usaha memupuk kesedaran murid dalam memastikan bilik darjah dalam keadaan ceria dan selesa supaya proses P & P dapat dijalankan dengan berkesan. Semoga rancangan ini dapat membantu dalam meningkatkan keceriaan bilik pemulihan Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan agar mencapai slogan "Kelas, rumahku".

Friday, 7 September 2012

Thursday, 6 September 2012

BAHASA MELAYU (PENERAPAN NILAI)


cuba lihat dan hayati cerita Upin Ipin di bawah ini. kemudian, cikgu akan menyoal beberapa soalan yang berkaitan.



berdasarkan cerita 'Tamak' di atas :

  • apakah pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut?
  • apakah perbuatan yang patut kita hindari?
  • tindakan Upin dan Ipin itu betul atau salah?


baca cerita rakyat di bawah dan fahaminya. kemudian, cikgu mahu beberapa murid melakonkan cerita tersebut di hadapan kelas.

Langkah 1 (Cerita Rakyat) Rantai Emas 1

..MARI BELAJAR HURUF VOKAL..



..Mari belajar huruf vokal



Latihan Vokal

MASA MENGUJI MINDA

adik-adik boleh memuat turun dengan KLIK mana-mana tajuk PERMAINAN ABJAD yang anda suka. pasti menyeronokkan.selamat menguji minda. ^__^





ABJAD SALJU PUTIH

ABJAD KUNGFU PANDA

ABJAD AYAM

ABJAD KERETA

ABJAD NIKO


pasti seronok setelah cuba bermain permainan di atas ini. sekarang, ayuh kita menguji minda dengan menyiapkan latihan di bawah ini. boleh cetak dan terus buat. gigih berusaha, pasti berjaya!!






Latihan PEMULIHAN HURUF VOKAL

LATIHAN TAMBAHAN


di sini, cikgu Hani telah sediakan latihan tambahan. anda boleh KLIK dan CETAK. selamat maju jaya! ^__^





MENULIS ABJAD

sebelum kita memulakan pengajaran MENULIS ABJAD
ayuh menyanyi sambil membuat gaya seperti kartun di bawah ini.
pasti terhibur. :)


MEMBUNYIKAN ABJAD

..MARI MENYEBUT BUNYI ABJAD SEPERTI LAGU DI BAWAH..




MARI MENGENAL ABJAD


Mari Menyanyi Lagu abc



( lagu ini adalah ciptaan oleh :
Cikgu Maisarah Mistar, Cikgu Nuramira Muhamad, Cikgu Nur Syamimi Mansor dan Cikgu Liyana Omar


dan diadaptasi kepada rakaman video oleh
Cikgu Norfiza Musa & Cikgu Hani

..Semoga Terhibur..


mari adik-adik, kita mengenal abjad!


..Lagu Rasa Sayang..



..BIAR DIRI MENJADI LILIN..

..asSalamualaikum Semua..

..Semalam tinggal kenangan, hari ini sebuah kepastian, esok menjadi harapan. Walau perit sanggup diredahi. Walau payah harus ditempuhi, walau derita rela digagahi agar ia menjadi realiti nanti. Yang pasti,  DIA sentiasa diingati agar memperoleh keberkatan hakiki..
.. di sini cikgu Hani ingin berkongsi kenangan sewaktu berpraktikum dan internship.. ^__^