LAPORAN
PROGRAM “ KEMBARA ILMU “ SEK. KEB. BATU SEMBILAN
( 17
JULAI 2012 )
Pendidikan
Pemulihan berkonsepkan satu perkhidmatan yang diadakan khas untuk murid–murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu
kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi fokus Kurikulum
Baru Sekolah Rendah.
Pendidikan
pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk
menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu
kemahiran dengan pendekatan, bahan-bahan pembelajaran serta aktiviti yang
alternatif. Murid-murid yang dimaksudkan itu biasanya digelar murid-murid
lambat kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditentukan.
Oleh itu, pada 17 Julai yang lalu, saya dan rakan praktikum serta guru-guru
Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan yang terlibat telah menjayakan program
“Kembara Ilmu” sebagai usaha membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran
terutamanya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.
Program
ini merupakan kesinambungan bagi program yang pernah dijalankan pada tahun 2009
oleh guru Pemulihan Khas, Pn.Ummi Habibah bt Salleh. Fokus utama dalam program
ini ialah untuk membantu murid Pemulihan LINUS yang sedia ada di Tahun 2 dan 3
serta murid LINUS Tahun 1. Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis, dan
mengira (3M). Program ini dijalankan di luar kelas harian murid iaitu di kelas
Pemulihan dan dewan Sek. Keb. Batu Sembilan bagi menarik minat murid dan murid
dapat menerima pengajaran yang ingin disampaikan dengan baik.
Program
ini turut mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai. Antaranya ialah
membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira (3M). Seterusnya, meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar
murid di luar kelas harian serta menyerlahkan kreativiti murid dalam menguasai
kemahiran-kemahiran yang didedahkan.
Aktiviti
yang dilaksanakan dalam program ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
aktiviti cerdik pintar, minda kreatif dan cergas cerdas. Program ini
berlangsung sepanjang hari waktu pembelajaran. Program ini bermula pada pukul
2.10 petang hingga 6.30 petang. Program ini berlangsung dengan jayanya mengikut
perancangan yang telah diatur dan ditetapkan.
Sebelum
memulakan aktiviti, murid dikumpulkan dan diberikan taklimat ringkas berkaitan
program yang akan dilaksanakan. Kemudian, semua murid yang terlibat dalam
program ini dibawa ke kelas pemulihan. Murid-murid
dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan Bulan, Kumpulan Bintang, Kumpulan
Awan, Kumpulan Hujan dan Kumpulan Pelangi. Setiap kumpulan telah dipilih
seorang ketua dan dikehendaki memakai tag nama kumpulan masing-masing.
Setelah
semua murid berada dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk terlibat
dalam program Kembara Ilmu ini, aktiviti pertama dimulakan iaitu aktiviti
cerdik pintar. Aktiviti cerdik pintar ini merupakan pedekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dalam mengukuhkan penguasaan murid terhadap
kemahiran mengenal abjad. Rata-rata murid mempunyai masalah dalam mengenal
abjad ‘a’ hingga ‘z’. Rasional aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk melihat
dan menguji keupayaan murid dalam menguasai kemahiran mengenal abjad dengan
betul. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam.
Objektif
aktiviti cerdik pintar ini dilaksanakan supaya murid dapat mengaplikasikan
kemahiran mengenal abajd untuk meningkatkan lagi kemahiran bahasa mereka kepada
kemahiran yang lebih tinggi sehingga murid dapat membaca dengan baik dan
lancar. Semua murid terlibat dalam aktiviti ini dan aktiviti dikendalikan oleh
guru praktikum dan guru Pemuliha n Khas
Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan. Aktiviti dimulakan dengan set induksi nyanyian
lagu abc yang berentak lagu “Doraemon”. Kelihatan murid terhibur dan seronok
untuk memulakan pembelajaran. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran
dimulakan. Murid diperkenalkan huruf dan sebutan huruf dengan betul.
Kemudian,
murid diajar membentuk huruf dengan betul. Bahan pengajran yang digunakan ialah
bahan interaktif melalui paparan slaid. Seterusnya, bagi melihat pencapaian
murid dalam menguasai abjad yang diajar, murid diberikan kad abajd kepada
setiap kumpulan. Kemudian, guru menyebut mana-mana abjad dan murid perlu
mengecam abjad yang didengar seterusnya mengangkat abjad tersebut. Kumpulan
yang mengangkat abjad dengan betul akan diberikan markah.
Setelah
itu, program diteruskan dengan aktiviti kedua iaitu ‘Minda Kreatif’. Rasional
aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mengembangkan kemahiran psikomotor
halus murid dalam mengaplikasikan kemahiran pembelajaran mereka. Aktiviti
‘minda kreatif’ ini adalah berbentuk permainan dan merupakan peneguhan daripada
aktiviti yang pertama. Permainan yang dijalankan diberi nama ‘Da Di Du Puzzle’.
Murid dikehendaki menyelesaikan puzzle yang terdapat dalam sampul yang
disediakan. Murid perlu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk bersaing
antara kumpulan yang lain bagi mengumpul mata.
Objektif
utama aktiviti ini dilaksanakan adalah supaya murid dapat melahirkan kreativiti
mereka sewaktu menjalankan aktiviti yang diberikan disamping memberi penekanan
kepada murid dalam meningkatkan kemahiran psikomotor halus mereka. selain itu,
aktiviti ini adalah bertujuan menggalakkan semangat berpasukan dan kerjasama
antara satu sama lain. Kumpulan yang paling banyak menyiapkan puzzle yang
mengandungi abjad dan gambar yang mewakili abjad tersebut dianggap sebagai
pemenang bagi aktiviti kedua ini.
Permainan
bermula setelah guru memberikan arahan yang jelas kepada murid. Ketua kumpulan
perlu membaling dadu untuk memulakan permainan. Kumpulan yang paling banyak
mata setelah membaling dadu akan mendahului permainan. Seterusnya, untuk
bermain dalan permainan “Da Di Du puzzle” ini ketua kumpulan perlu membaling dadu. Angka yang terdapat
pada dadu merupakan angka yang yang terdapat pada baldi yang berisi
sampul-sampul yang didalamnya mengandungi ceraian-ceraian puzzle. Ketua
kumpulan perlu mengambil salah satu sampul dalam baldi yang disediakan mengikut
angka yang diperolehi pada dadu. Kemudian, murid perlu menyelesaiakn ceraian
puzzle tersebut dengan tepat di dalam gelung rotan yang disediakan kepada semua
kumpulan. Setiap puzzle mempunyai mata ganjaran.Aktiviti kedua turut
berlangsung selama satu jam. Setelah masa tamat, wisel dibunyikan menandakan
berakhirnya aktiviti kedua dan murid perlu menghentikan permainan. Kemudian,
berkhirnya aktivit kedua ini maka murid diberikan rehat. Murid disediakan
makanan dan minuman berupa ayam KFC dan air kotak. Semua murid menjamu selera
dengan riangnya.
Program
diteruskan lagi dengan aktiviti ketiga iaitu ‘Cergas Cerdas’. Rasional aktiviti
ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid dalam kemahiran psikomotor kasar
murid disamping menerapkan aktiviti Pendidikan Jasmani kepada murid. Antara
objektif aktiviti ini ialah bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan
murid. Selain itu, memupuk kerjasama dalam kalangan murid dan guru melalui
aktiviti sukan. Di samping itu, murid dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Aktiviti ketiga ini merupakan aktiviti terakhir dalam program yang dirancang.
Aktiviti “Cergas Cerdas” ini terdiri daripada sukaneka yang melibatkan kemahiran
psikomotor kasar murid. Murid perlu bergerak secara aktif dan cergas. Aktiviti
yang terlibat dalam sukaneka ini ialah membawa bola pingpong dalam sudu dengan
menggunakan mulut, mengepit bola, membawa bola menggunakan gelung rotan,
mengutip gula-gula di dalam tepung menggunakan mulut dan mengisi air di dalam botol
menggunakan span. Semua permainan memerlukan murid untuk bergerak secara aktif
dan pantas. Murid kelihatan sangat gembira dan melibatkan diri secara aktif
dalam setiap permainan yang dijalankan.
Seterusnya,
selesai saja kesemua sukaneka bagi aktiviti yang ketiga ini murid-murid
diarahkan untuk bergerak ke kelas pemulihan semula bagi sesi penutup dimana
sesi penyerahan hadiah dan penyampaian sijil. Sebelum majlis penutup
berlangsung, murid dihiburkan dengan lagu kanak-kanak dan menyanyi
bersama-sama. Aktiviti penyampaian hadiah dilaksanakan oleh guru pembimbing,
Pn. Ummi Habibah bt. Salleh, rakan praktikum, Norfiza bt.Musa dan saya sendiri.
Majlis berlangsung dengan jayanya. Penyerahan sijil dilaksanakan pada hari yang
lain kerana belum disahkan oleh Guru Besar Sekolah Keb. Batu Sembilan, Pn.
Adonie Adnan. Kemudian, program diakhiri dengan sesi bergambar dalam kalangan
murid pemulihan dan murid LINUS tahun 1. Seterusnya program bersurai dan murid
dibenarkan pulang.